TNC kolot, Kebebasan pemikiran kami disekat..

1 12 2007

Alhamdulillah. bersua kembali. Panjatkan setinggi kesyukuran pada Allah swt kerana masih memberi ruang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga dengan kemulian bulan ini, bakal memberi kekuatan kepadakita dan sinar hidayah kepada golongan yang sentiasa menyekat kerja Islam. InsyaAllah

PMIUTM dan sekatan ke atasnya..

Nampaknya konco-konco aspirasi yang dikepalai oleh TNC HEP sendiri semakin rancak mencabar kewibawaan kami. Bermula dengan pelantikan Sulaiman Bin Kadikon (mahu dirinya dipanggil SBK-Kononya ada iras-iras SB gitu) sebagai Penasihat PMIUTM yang baru menggantikan Ustaz Puhad Alim. Inilah manusia yang ke mana saja pergi menjaja PhDnya yang diperolehi dari US tapi mampu mengajar aliran agama dan berani mempelekehkan universiti Al-Azhar. Sering kali menggagalkan banyak perancangan persatuan yang bersifat dakwah umum dan sering kali memberi amaran kepada MT PMIUTM untuk tidak terlibat dengan Pilihanraya Kampus.. Inilah satu-satunya penasihat PMIUTM yang boleh dilabelkan sebagai paling bongok. Tindakan2 dia menekan PMIUTM adalah sebagai satu kipas besar bagi mengampu TNC. SBK, u better watch out.. Kedudukan kamu sebagai pengetua di Kolej 11 bisa tergugat dalam PRK kali ini. Tunggu saatnya..

Kemasukan artis dalam konvo dan program-program kolej sudah sampai ke peringkat kritikal. Setiap tahun PMIUTM turun membantah pelaksanaan konsert dan Battle of the Band tapi tidak diendahkan oleh juak-juak ini. dan paling terkini, minggu lepas hampir semua kolej melaksanakan program yang tentatifnya tidak ubah seperti konvo. Kemasukan budaya hedonisme dan persembahan band melampau-lampau. Inilah masa mereka menayang muka calon-calon mereka.

Hampir semua program PMIUTM dibekukan. Tiada alasan yang kukuh. Sekadar menyatakan program PMIUTM bermatlamatkan sesuatu yang “tidak sihat”..apakah sesuatu yang tidak sihat itu? adakah mereka menyangka PMIUTM berprogram demi sesuatu dalam PRK kelak?? dhaif sungguh depa ni. takut juga mereka pada PMIUTM. Bukankah semua jentera universiti dimiliki oleh mereka? apa lagi yang mahu ditakutkan. Inilah hikmahnya sebuah gerakan Islam.. Kecil tapi digeruni.

Ahli PMIUTM dihalang memasuki kolej sepanjang Ramadhan ini. Kerana bimbang kami bangun memberi tazkirah dan bimbang kami menyusuk jarum2 hasutan ketika itu. MasyaAllah.. betapa pendek akal sungguh depa ini. Ok..klu kami x dapat masuk kolej, kami bergempur di masjid. Tahniah kepada saudara Presiden kerana berani memberi tazkirah sesudah solat terawikh tadi. Syabas!! teruskan.

Teman-teman, teruskan perjuangan. PRK dijangka bermula 20 September ini.. Ayuh.. gempur mereka!!!


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: