SURAT TERBUKA BUAT AYAHANDA TNC TERSAYANG ~ JANGAN KECEWAKAN KAMI!!!

1 12 2007

Tahniah buat ayahanda TNC (gambar) kerana telah dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman yang membawa gelaran Dato’ Seri Diraja Kedah (D.S.D.K) sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Yang Ke-79, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Majlis istiadat penganugerahan Darjah Kebesaran tersebut telah diadakan pada hari Ahad, 21 Januari 2007 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Star pada jam 9.00 pagi. Sekali lagi K_M mengucapkan tahniah pada ayahanda TNC.


Ayahanda, ianya amanah bukan untuk kemegahan…

Namun, anugerah tersebut bukanlah untuk dipamer dan dibanggakan!!! Ianya satu amanat/amaran agar lebih komited untuk melaksanakan segala apa yang telah termaktub dalam lunas-lunas Islam. Apalah sangat nak dibanggakan dengan pangkat dan kurniaan manusia. Bukanlah pangkat duniawi sebagai ukuran Allah. Segala-galanya terletak pada kesungguhan, iltizam melaksanakan amanah yang telah diberi disamping keikhlasan melaksanakannya.

Ayahanda, kamu cukup mengecewakan…

Gelaran ayahanda TNC sudah cukup banyak. Dato’, Professor, Ir, Dr. Bahkan ayahanda mendapat ijazah dengan keputusan kelas pertama. Namun ayahanda, ia bukanlah satu gambaran keintelektualan dan kehebatan otak ayahanda. Ianya sekadar pakaian luaran ayahanda. Belum lagi kita bicarakan soal sifat dan kerenah ayahanda. Sifat ayahanda tidak menggambarkan sifat seorang ayah kepada lebih 22 ribu pelajar UTM!!! Masih ingat lagi suatu ketika dahulu adanya pelajar datang ke pejabat ayahanda untuk menyatakan pandangan dan berkongsi pendapat mengenai peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar?? Ayahanda memperkecilkan mereka dengan menghina akademik mereka dan dengan angkuh sambil mendabik dada menyatakan ayahanda First Class Holder!!! Ayahanda menutup terus ruang perbincangan bahkan segala pandangan mereka tidak pernah didengari. Bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri!!! Sungguh tidak berhati perut!! Adakah ini lagak seorang TNC? Adakah ini sifat seorang yang dikatakan berilmu? adakah ini gayanya seorang yang dipertanggungjawabkan meneliti setiap permasalahan pelajar?? Sungguh mengecewakan. Cukup2 mengecewakan!!!

Ayahanda, kamu sungguh ego…

Ayahanda jugalah satu-satu TNC yang ego; sanggup menunding jari telunjuk ayahnada ke atas muka seorang pelajar hanya kerana pelajar tersebut menyatakan pandangan berkenaan isu bonceng!!! Lupakah ayahanda dia adalah ‘anak’ ayahanda yang perlu didengari semua permasalahandan pandangannya?? Sejauh mana ego ayahanda sehingga segala pandangan ditolak mentah-mentah?? Apakah dengan ilmu kejuruteraan ayahanda itu sudah cukup untuk menjadi pelindung di dalam kubur dan di padang mahsyar!!!! Adakah ini lagak seorang ayah?? Kenapa ayahanda? Bimbang untuk melaksanakan peraturan MENGHARAMKAN BONCENG SISWA-SISWI? Kenapa? Takut dicop sebagai pembangkang? Dan ternyata bagi ayahanda pembangkang adalah PAS!!! Sungguh hebat ayahanda. Untuk pengetahuan ayahanda, PAS bukanlah Pembangkang. PAS adalah kerajaan menunggu!!! PAS masih menunggu dan sentiasa mencipta peluang untuk menyaksikan Pejuang Bangsa yang Korup, UMNO dan sekutunya jatuh tersungkur menyembah bumi.

Ayahanda, kamu boneka…

Kenapa ayahanda seolah-olah menggigil untuk melaksanakan apa yang dinamakan HUKUM ALLAH? Mana kredibiliti ayahanda sebagai manusia yang dikatakan bijak?? Kenapa ayahanda? Ayahanda takut ‘periuk nasi’ ayahanda lingkup?? Ayahanda ditekan oleh pihak lain ke? Adanya kuasa lain yang mengawal segala keputusan ayahanda? Kiranya ayahanda ni dayus lah? Hanya menjadi TNC BONEKA!!!! Seolah-olah lembu yang dicucuk hidungnya dan boleh ditarik ke mana-mana sahaja!!!

Ayahanda, berubahlah…

Kami mohon dengan sangat agar ayahanda berubah. Bersempena peristiwa hijrah Rasulullah, berubahlah ke arah yang lebih baik demi kepentingan pelajar. Kami doakan ayahanda kembali menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia!!!

p/s:kalaulah semua pelajar tahu akan sifat-sifat ayahanda, semestinya mereka berpendapat ayahanda tidak layak dengan kedudukan TNC bertaraf Dato’!!!


Actions

Information

One response

20 01 2008
norm

apa sebenarnya terjadi dgn pemimpin islam sekarang???????????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: