Seorang tahanan ISA dibebas dua hari sebelum raya, GMI gesa semua dibebas segera

20 10 2007

Nyza Ayob
Fri | Oct 19, 07 | 4:53:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 19 Okt(Hrkh) – Mohd Noor Abu Bakar, yang ditahan di bawah ISA dan berada dalam tahanan polis lebih daripada satu bulan telah dibebaskan pada 11 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Mohd Noor,33, seorang guru, ditahan pada 29 Ogos lalu di Teluk Intan, Perak dan dituduh terbabit dalam gerakan Jemaah Islamiyah (JI).

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh menyatakan pembebasan Mohd Noor, yang juga bergiat aktif dalam Gerakan(komponen parti BN) bagaimanapun bersyarat yang mana mengikut Akta Kediaman Terhad.

Sebelum ini, GMI yang merupakan satu-satunya pertubuhan yang menuntut pembebasan tahanan ISA telah menghantar surat rayuan dan bantahan kepada Perdana Menteri agar semua tahanan dibebaskan serta akta zalim ini dihapuskan.

Pada 5 Oktober lalu, GMI mengadakan bantahan di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur, menuntut agar kerajaan membebaskan semua tahanan ISA.

Jelas Syed Ibrahim, pembebasan Mohd Noor ini membuktikan perhimpunan serta bantahan tersebut memberi kesan yang positif dan usaha berterusan yang dilakukan mereka.

Bagaimanapun tegas Syed Ibrahim, GMI mendesak agar kerajaan segera membebaskan semua tahanan ISA serta membicarakan mereka di dalam mahkamah terbuka. Disamping itu GMI juga mengharapkan supaya kerajaan menerima cadangan Suhakam agar memansuhkan ISA serta menutup Kem Tahanan Kamunting. – mr


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: