Pilihanraya Kampus 2007 pada 2 Oktober ini!

21 09 2007

Intan Abdullah
Thu | Sep 20, 07 | 12:45:55 pm MYTPilihanraya Kampus 2007 KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) – Pelbagai pihak cuba berteka teki tarikh pilihan raya kampus bagi sesi 2007/2008. Namun, ia disangkal oleh pelbagai pihak yang cuba untuk menutup jejak dan strategi yang sedang digunapakai dalam ‘peperangan’ ini.
Harakahdaily mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa tarikh PRK akan diadakan pada 2 Oktober, iaitu dua minggu sebelum umat Islam merayakan hari raya Aidilfitri.

Ini bermakna hari penamaan calon adalah pada 24 September, yang memberi peluang kepada semua calon untuk berkempen selama seminggu.

Dalam pada itu, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pembubaran kabinet mahasiswa adalah pada 21 September ini iaitu esok.

Tindakan itu selaras dengan semua kampus lain yang akan menjalani hari pembuangan undi pada tarikh yang sama.

Sebelum ini, pelbagai pihak cuba membuat andaian, termasuklah berita terbaru yang menyebarkan bahawa PRK akan dijalankan pada 27 September ini. Tetapi maklumat tersebut dinafikan oleh pihak pentadbiran universiti berkenaan yang menyatakan ia adalah maklumat palsu.

PRK 2007 diwarnai dengan pelbagai insiden menarik yang dimulai dengan tuntutan mahasiswa terhadap perjalanan PRK yang bersih dan adil kepada beberapa pihak yang berkuasa seperti Kementerian Pengajian Tinggi(KPT), Suruhanjaya hak Asasi Manusia(Suhakam) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Parlimen Malaysia(Kaukus).

Suhakam menyambut baik hasrat mahasiswa tersebut, sekadar boleh menyuarakan tuntutan mereka kepada pihak yang berkuasa, namun mereka tetap tidak dibenarkan masuk ke kampus untuk memantau perjalanan PRK.

Apabila dirujuk kepada Kaukus pula, mereka menyatakan bahwa ia bukan bidang kuasa mereka dalam nada menyokong tuntutan yang diperjuangkan kelompok mahasiswa tersebut.

Tidak cukup dengan itu, kampus dikejutkan dengan insiden geledah bilik, rampasan barang persendirian, sabotaj kenderaan, notis dan sms ugutan, tindakan buang kolej dan pelbagai lagi yang merancakkan pertembungan antara kumpulan Aspirasi dan pro-mahasiswa di seluruh kampus.

Anehnya, pihak KPT masih berdiam diri, kelu tanpa sebarang reaksi terhadap rungutan dan permintaan mahasiswa seolah-olah sedang merancang atau melakukan sesuatu. – mr


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: