MEMACU KEBANGKITAN MERINTIS KEMENANGAN

10 09 2007

Monday, September 3, 2007
Oleh: Mohd Dzul Khairi Mohd NoorHasil perbincangan pimpinan, kita bersetuju meletakkan “Memacu Kebangkitan Merintis Kemenangan” sebagai motto Gamis sesi kali ini. Manakala kita masih mengekalkan visi, misi, dan strategi yang dirangka oleh pimpinan sesi lepas dengan hanya sedikit pembaharuan.

Kita berkeyakinan dengan satu perkara. Kemenangan hanya mampu diraih oleh pemuda-pemuda yang soleh dan bertaqwa serta serius dalam bekerja. Kemenangan pastinya tidak mampu diraih oleh segolongan yang melazimi maksiat dan jauh daripada Allah SWT.

Kemenangan juga pastinya tidak akan dikecapi oleh golongan yang hanya berserah nasib dengan melakukan ibadat yang tidak putus tetapi tidak serius dalam bekerja.

Pesanan Umar al-Khattab supaya tentera Islam menjaga diri daripada melakukan maksiat mesti dicermati. Sekiranya kita tidak menjaga hubungan dengan Allah SWT, nescaya hanya kekuatan luaran menjadi penentu. Dalam masa yang sama, Umar juga menyatakan kebimbangan beliau tentang amat Islam yang hanya kuat dari sudut taqwa tetapi tidak menguasai keduniaan.

Memacu kebangkitan terpecah kepada dua. Dalaman dan luaran. Kita maksudkan, memacu kebangkitan ini merujuk kepada meningkatkan kuasa ruhiyah berdasarkan tarbiah dalaman yang sistematik. Saya sering berpesan, ahli gerakan Islam hendaklah hidup dengan al-Quran, membacanya bukan sekadar mengambil berkat bahkan untuk mendapat rahmat dan teladan. Ahli gerakan Islam kampus juga mestilah terdiri daripada barisan muslim yang soleh serta cintakan Allah SWT lalu diterjemahkan dalam kehidupan mereka.

“Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah” (Al-Maaidah:54)

Ketaqwaan kepada Allah akan terpancar melalui riak wajah yang bersih serta berseri-seri. Ibarat kata, yang lain akan teringatkan Allah apabila melihat ke arah mereka. Kesan sujud dan penghambaan diri kepada Allah pasti akan terserlah melalui kata-kata mereka yang mengandungi perasaan tawadhu’, muka yang bersih, pergaulan yang baik, tidak lekang dengan zikir dan tasbih, serta tenang setiap waktu.

Orang sebegini tidak pernah berasa besar diri dengan jawatan dan kedudukan mereka, malah hati mereka meronta-ronta supaya mereka dibebaskan daripada kongkongan keduniaan yang hanya berobjektifkan kebanggaan dan kemegahan yang tidak kekal.

Apabila mereka mendapat kebaikan, mereka bimbang kebaikan itu sengaja diberikan oleh Allah SWT di dunia sehingga tidak lagi tertinggal bakinya di akhirat. Kadang-kadang, mereka merasakan diri mereka sebagai munafiq serta penipu. Mereka kuat bekerja namun mereka tidak merasakan diri mereka bekerja. Mereka tidak pernah mengeluh sebaliknya sentiasa bersabar dan bersyukur.

Orang mukmin ini ibarat hadis nabi SAW: Alangkah peliknya orang mukmin. Bagi mereka, semua perkara adalah baik dan hal ini tidak dimiliki oleh sesiapapun kecuali orang mukmin. Apabila mereka mendapat kebaikan, mereka bersyukur dan hal ini baik untuk mereka. Apabila mendapat mudharat, mereka bersabar dan hal ini juga baik untuk mereka”.

Orang yang terkesan dengan tarbiah ruhiyah ini sentiasa menyerahkan nasib mereka sepenuhnya kepada Allah. Segala ujian dianggap sebagai tarbiah untuk memantapkan dalaman mereka dan mematangkan gerak kerja mereka. Mereka sentiasa tawadhu’ dan sentiasa ingat bahawa mereka hanya datang dari setitis air yang hina, dari dua saluran kencing. Mereka sentiasa memperingatkan diri mereka: Wahai diri, janganlah engkau menyangka dengan gerak kerja engkau, engkau bakal beroleh syurga. Sesungguhnya, telah ramai yang berjihad namun akhirnya mereka tinggal dalam neraka”.

Mereka orang yang zahid, meskipun punya harta yang banyak, namun mereka tidak pernah memicingkan pandangan mereka terhadap harta yang bertambun-tambun sebaliknya menggunakan harta tersebut di jalan Allah.

Mereka berpesan kepada diri mereka: Wahai diri, pernahkah engkau melihat bagaimana api dihidupkan? Bukankah seseorang yang ingin menghidupkan api untuk membakar kayu-kayu api, mereka perlu menyalakan api tersebut di kertas atau mana-mana bahan yang mudah terbakar? Wahai diri, takutlah engkau, takut-takut engkaulah bahan untuk menghidupkan neraka kelak. Wahai diri, takutlah engkau dengan minuman Thinah al-Khabal dan Al-Ghauthah”.

Thinah al-Khabal adalah air hasil perasan keringat dan peluh penghuni neraka. Al-Ghauthah pula mata air yang keluar daripada kemaluan pelacur neraka sehingga menyebabkan seluruh penghuni neraka berasa mual dan jelek sekali.

Saya melihat, ketakutan dan kegerunan terhadap keagungan Allah serta azabnya yang ternyata pedih akan melahirkan ahli gerakan Islam yang beramanah. Meninggalkan usrah merupakan satu dosa, bukan kesilapan yang kecil. Tidak komitmen dengan amal-amal Islami merupakan dosa. Tidak mentaati perintah pimpinan juga merupakan dosa.

Ahli yang memahami, mereka merasakan mereka masih belum benar-benar mencintai Allah lantaran banyak juga masa mereka yang terbiar dan tidak digunakan bersama-sama Allah. Justeru, apabila mereka berdoa, rintih mereka: Wahai Tuhan, demi cinta-Mu kepadaku” bukannya “Wahai Tuhan, demi cintaku pada-Mu”.

Mereka juga berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah, maka kuatkanlah aku. Aku hamba-Mu yang hina, maka muliakanlah aku. Aku hamba-Mu yang faqir, maka kayakanlah aku”.

Khauf; mereka takut sekali dengan kemurkaan Allah. Raja’; namun mereka mengharapkan kasih sayang dan keampunan Allah. Takhalli; mereka mengosongkan diri mereka daripada segala mazmumah. Tahalli; mereka menghiasi diri mereka dengan amalan-amalan nawafil. Tajalli; akhirnya mereka mencapai taraf Ihsan: Beribadat seolah-oleh mereka melihat Allah, sekiranya tidak mampu, mereka tetap merasakan kehadiran Allah di sisi mereka.

Ya, Allah lebih rapat dengan mereka berbanding urat di leher. Maka, kapankah kita untuk menderhakai perintah dan mengerjakan larangan-Nya? Mengapakah masih ada kalangan kita yang meremeh-remehakan segala ajaran agama?

Keimanan dan keikhlasan, ketaqwaan dan tawakkal, keyakinan dan amalan berterusan, semuanya melahirkan pemuda-pemuda Islam yang kuat dan bertenaga.

Cuba tanya diri sendiri, apakah orang yang menjadi mad’u akan tertarik dengan dakwah kita sedangkan wajah kita langsung tiada bekas keimanan kepada Allah? Hanya tahu beromong-omongan, tetapi tiada plan bertindak.

Kita juga mesti memacu kebangkitan dari sudut gerak kerja kita. Gerak kerja yang berkualiti lahir dari kesungguhan, keseriusan, kekreatifan, dan anjakan bersepadu. Gerakan yang mapan ibarat aliran air, yang tidak mampu disekat oleh mana-mana batu.
Daei mesti kreatif. Bagaimana kita ingin menjana keperibadian seseorang dengan kebijaksanaan kita sekaligus membuatkan mereka tertarik dengan nilaian yang ada dalam Islam itu sendiri. Daei juga mesti berani. Ia tidak takut dan gentar melainkan hanya kepada Allah SWT.

Namun, ada orang yang hanya berkata-kata. Kata mereka, mereka hanya gentar kepada Allah tetapi apabila menerima ugutan dan ancaman, mereka menikus dan membisu 1000 bahasa. Orang ini disebut oleh Allah dalam firman-Nya: “Dan terdapat kalangan manusia yang menyatakan keimanan kepada Allah, tetapi apabila mereka disakiti, mereka merasakan kesakitan itu seolah-olah setaraf dengan azab Allah”. Mereka ini jugalah yang beria-ia mengumandangkan semangat dan laungan jihad, tetapi apabila diperintahkan kepada mereka untuk berjihad, mereka kelu dan kaku. Sinis Allah: “Wahai orang-orang beriman, kenapa engkau menyatakan perkara yang tidak kamu lakukan”.

Kita inginkan pemuda seumpama Abdullah bin Rawahah, panglima dan penyair handalan di zaman Rasul. Ia lantang berpidato di saat orang-orang Islam beku apabila mendapat khabar mereka bakal menentang tentera Rom seramai 200 000 orang sedangkan jumlah tentera Islam hanya sekitar 30 000: “Wahai kaumku, kita sekarang seolah-olah takutkan apa yang kita inginkan selama ini iaitu anugerah syahid. Ingatlah, kita berperang bukan dengan kita mengandaikan bilangan dan jumlah mereka, juga bukan mengandaikan kekuatan mereka. Sebaliknya kita berjuang tidak lain dan tidak bukan kerana Allah. Maka ayuhlah kita berjihad, di hadapan kita hanya terbentang dua jalan. Sama ada kita mencapai kemenangan atau kita syahid”.

Kita berlembut dalam dakwah sempena mengambil dakwah Musa terhadap Fir’aun: Maka hendaklah kamu mengungkapkan kata-kata yang lembut terhadap Fir’aun, mudah-mudah ia akan ingatkan Allah atau berasa gerun”.

Namun kita juga bertegas sekiranya kelembutan kita tampaknya tidak dilayan sebaliknya mereka memperkecil-kecilkan kita. Ibarat rintih Nuh: “Tuhan, janganlah engkau tinggalkan seorang pun orang kafir di muka bumi kerana mereka tidak melahirkan melainkan orang-orang yang kafir dan jahat juga”.

Justeru, kita simpulkan. Kemenangan lahir melalui pemuda-pemuda yang mencukupi dua ciri terpenting, iaitulah keimanan dan ketaqwaan yang tinggi dan kental terhadap Allah dan kesungguhan serta keseriusan serta kerja tanpa putus. Maka, akan terlahirlah hakikat “Merintis Kemenangan”.

Hal ini boleh dirujuk dalam tulisan saya yang lain berkaitan Tarbiah rabbaniyah dan tarbiah Harakiyah yang saya hasilkan setahun yang lepas (2006) sebelum menjadi Ydp Pmium bagi mendokong kepimpinan naqib saya ketika itu, Ustaz Mohd Nazree Yunus yangs ekarang dikaitka dengan pelbagai spekulasi oleh lawan-lawan yag tidak menyenangi kebangkitan Islam ini. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR!!!


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: