SURAT PILIHAN: Bermula lagi episod Umno guna polis

9 09 2007

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Sun | Sep 09, 07 | 07:58:28 PM

Saya mula menerima maklumat daripada sahabat daripada Trengganu malam semalam berkaitan dengan gangguan terhadap ceramah di Batu Buruk, Trengganu. Saya menghubungi Ust Azman Syafawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Trengganu, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat) untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kejadian tersebut.

Pagi tadi, Ust Azman memaklumkan bahawa dua orang telah ditembak oleh polis semasa kejadian malam semalam. Saya cukup terkejut dengan maklumat ini kerana tergamak juga akhirnya polis menggunakan sebegitu rupa kekerasan terhadap rakyat.

Harakahdaily telah mengeluarkan berita tentang kejadian tersebut.

Rekod 50tahun merdeka: Polis guna PELURU HIDUP surai demo!
Detikdaily.net Sun Sep 09, 07 03:09:01 PM

Buat pertama kali dalam sejarah 50 tahun merdeka, polis gunakan peluru hidup untuk menyuraikan demonstrasi!

——————————————————-

Tiada apa yang dapat saya tuturkan pada permulaan tulisan ini selain daripada mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis dan FRU yang menggunakan kekerasan terhadap rakyat untuk menyuraikan perhimpunan aman!

KEJAM, ZALIM, BIADAP, TAK BERTAMADUN, GILA DAN BODOH.

KEJAM kerana menggunakan peluru hidup untuk menembak dua orang rakyat, ZALIM kerana menghalang himpunan aman, BIADAP kerana tidak berketika ketika menjalankan tugas, TAK BERTAMADUN kerana tidak rasional dalam membuat keputusan, GILA kerana tidak waras dan BODOH kerana mengikut arahan tanpa menggunakan akal.

Kenapa perlu menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan yang diadakan oleh rakyat? Adakah kerana sudah tidak ada pilihan ataupun atas arahan pemimpin Umno yang gila kuasa? Ataupun kerana ingin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam pada tahun ini?

Kenapa?

Saya cukup hormat andai kata polis bertindak berani demi menjaga keselamatan, sanggup menggadaikan nyawa untuk kebaikan rakyat Malaysia, sanggup bersengkang mata demi menangkap penjenayah tetapi saya cukup benci kepada polis jika menggunakan kekerasan kepada rakyat dalam keadaan seperti ini.

Apakah polis tidak perasan bahawa jenayah semakin lama semakin meningkat di Malaysia? Apakah polis tidak tahu bahawa gejala sosial semakin membimbangkan? Apakah polis terlupa bahawa rasuah sedang membarah dalam negara?

Sampai bila?

Sampai bila polis hendak menjadi pak turut kepada kezaliman kerajaan Umno-BN dalam Malaysia, sampai bila?

Sampai bila polis ingin terus disumpah seranah oleh rakyat, sampai bila?

Sampai bila polis terpaksa mengerahkan anggotanya terus menggunakan belantan, gas pemedih mata dan senjata untuk menyakitkan rakyat, sampai bila?

Sampai bila polis akan terus diperbodohkan demi kepentingan politik Umno-BN, sampai bila?

Cukuplah wahai polis, janganlah bertindak zalim kepada rakyat. Ingatlah doa orang yang dizalimi amat mustajab, ingatlah!

Saya pasti bahawa sekiranya himpunan aman tersebut tidak diganggu oleh mana-mana pihak, kejadiaan yang tidak diingin akan dapat dijauhkan. Tetapi inilah yang sebenarnya diinginkan oleh Idris Jusoh dan sekutu-sekutunya.

Saya menyebut kepada Ustaz Azman bahawa yakinlah bahawa detik kemenangan PAS di Trengganu semakin hampir. Pastinya rakyat dapat melihat kerajaan pimpinan Umno-BN semakin tersepit dan menggunakan tindakan zalim untuk mengekalkan kuasanya.

Islam pasti akan menang di Trengganu, tunggulah masanya akan tiba. Semoga pimpinan PAS/BA di Trengganu akan teruskan usaha kerana yakinlah bahawa Allah pasti akan bersama dengan kebenaran.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: