Peluk Islam, Perang Tamat – Osama Bin Lad

9 09 2007

KAHERAH 8 Sept. – Osama bin Laden yang muncul kali pertama dalam tempoh tiga tahun dalam rakaman video semalam memberitahu, rakyat Amerika Syarikat (AS) perlu memeluk Islam jika mahu perang di Iraq dihentikan.Sementara para pegawai AS menyatakan, kerajaannya telah memperoleh salinan video Osama itu sebelum ia diposkan oleh Al-Qaeda.

Pihak perisikan turut mengkaji video itu bagi menentukan keadaan kesahihan rakaman dan keadaan kesihatannya.

Rakaman yang berjaya diperoleh oleh Institut Site, iaitu badan pemantau keganasan di Washington menampilkan wajah pemimpin Al-Qaeda yang jarang muncul dalam rakaman video atas sebab-sebab keselamatan.

Kemunculan Osama kali ini serentak pada ketika para pakar menyatakan, rangkaian pimpinannya kini berkumpul semula di kawasan sempadan Afghanistan dan Pakistan, sekali gus menggaris bawah kegagalan AS menangkapnya.

Dalam rakaman itu Osama tidak menyatakan sebarang ancaman dan seruan melancarkan serangan ke atas AS, walaupun Presiden AS, George W. Bush menyifatkan kemunculannya sebagai ancaman kepada dunia.

Sebaliknya dalam ucapan itu, Osama memberitahu, perang di Iraq menemui kegagalan dan menggesa rakyat AS memeluk Islam dan menolak kapitalisme dan demokrasi.

Katanya, terdapat dua jalan penyelesaian bagi menamatkan perang di Iraq.

“Salah satunya dari kami iaitu dengan terus berperang dan membunuh anda. Ini tugas kami dan sahabat-sahabat kami sedang melakukannya,” kata Osama.

“Penyelesaian kedua datang dari anda semua… Saya menjemput anda memeluk Islam.” jelasnya.

Osama turut menyifatkan usaha Bush “membajak dan menyemai lautan, dan tidak mendapat hasil kecuali kegagalan.”

– AP


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: