11 September 2007 hari jadi Nurin Jazlin

9 09 2007
NURIN Jazlin Jazimin (kanan) semasa bersama kakaknya, Nuriz Jazshira dan adiknya Nurin Jazrina di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Amat memilukan untuk menerima kenyataan menjelang 11 September ini merupakan ulang tahun kelahiran kelapan kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin yang gagal ditemui semenjak hilang pada 20 Ogos lalu.

Jika sebelum ini seisi keluarga ceria menyambut hari jadi kanak-kanak itu, kini mereka terpaksa menerima hakikat Nurin Jazlin perlu melalui saat penuh bermakna itu tanpa ditemani keluarga tersayang.

Ibu Nurin Jazlin, Norazian Bistaman berkata, walaupun mereka menyambut hari jadi Nurin Jazlin secara sederhana pada setiap tahun, namun anaknya itu ada menyampaikan hasrat untuk menjemput rakan-rakan ke rumahnya kali ini.

‘‘Dia juga ada beritahu ingin membeli sendiri kek hari jadinya tetapi kami amat sedih tidak dapat menyempurnakan niatnya itu.

‘‘Kami tetap meneruskan majlis tersebut tetapi menukarnya menjadi upacara solat hajat pada tahun ini,’’ katanya.

Norazian berkata demikian pada sidang media pada majlis sumbangan ganjaran RM5,000 oleh Restoran Ali Maju Sdn. Bhd. di Pusat Bandar Damansara, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Norazian berkata, walaupun Nurin Jazlin gagal ditemui tetapi sebagai umat Islam, walau apa bencana mendatang, tuntutan berpuasa tetap ditunaikan seperti biasa.

‘‘Cuma sambutan hari raya nanti tidak meriah seperti dahulu kerana Nurin Jazlin mungkin tidak bersama kami pada bulan mulia itu ini nanti,’’ jelasnya.

Selain itu, katanya, selama ini Nurin Jazlin begitu menunggu-nunggu kehadiran bulan puasa kerana sekiranya dapat berpuasa penuh, ia merupakan satu kejayaan besar buat dirinya.

Tambahnya, walaupun anaknya itu sakit dan perlu mengambil ubat setiap hari tetapi jarang sekali Nurin Jazlin meminta untuk membuka puasa.

Jelasnya, Nurin Jazlin juga pernah bertanya sama ada Allah mendengar sekiranya dia berdoa dalam hati.

‘‘Oleh itu, sekiranya Nurin terbaca kenyataan ini, ibu ingin berpesan supaya Nurin sentiasa berdoa agar Allah segera menemukan Nurin dengan mama, papa, kakak dan adik-adik’’ katanya pilu.

Dalam pada itu, ujarnya, sebagai ibu yang sangat dekat dengan Nurin Jazlin, dia yakin anaknya itu mempunyai semangat serta azam yang kuat dan mampu bertahan mengatasi penyakitnya pada waktu ini.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: