Memunggah Ibrah Disebalik Perang Ahzab

3 09 2007

 

Oleh: Muhamad Syaari Ab. Rahman


Setiausaha GAMIS 07/08Pilihanraya kampus akan berlaku pada bila-bila masa September ini. Akan menyusul selepas itu pilihanraya umum ke-12 yang lebih hebat pertarungannya. Gendang perang sudah dipalu musuh dan proksi-proksinya, baki lagi terserah kepada gerakan mahasiswa Islam untuk menari dengan paluan gendang mereka atau mencorak arus dengan upaya batang tubuh sendiri. PRK adalah medan jihad tahunan bagi abna’ harakah untuk menilai sejauhmana outcome dan ‘korban-korban’ yang mahu dihantar oleh madrasah tarbiyah masing-masing, pengaturcaraan strategi yang kompeten yang tidak nostalgik dengan taktik lama, kebijaksanaan membaca perencanaan halus musuh, tahap kewaspadaan dan ketepatan ketajaman fikiran pimpinan dalam mengenal siapa kawan dan siapa lawan, siapa mujahid dan siapa hipokrit pada saat-saat kritikal perang di atas ‘padang yang tidak rata’ akan meletus tidak lama lagi.

 


“Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan merasai bahawa kita sedang hidup dengan mereka. Sebab rasa hati dan suka duka kita sekarang adalah rasa hati dan suka duka mereka tinggalkan buat kita…” – Pak Hamka. Dalam mendepani pakatan Aspirasi yang begitu ghairah untuk menawan seluruh kerusi MPP dalam PRK, marilah kita menyinggung perang Ahzab secara lebih mikro dan ‘penuh rasa cinta’ adalah pedoman terbaik bagi jeneral-jeneral perang Jamaah Islam kampus memotivasikan batalion ketenteraan masing-masing.

 

“Pada masa itu tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu, dan pada masa itu pandangan mata kamu tidak ketentuan arah (kerana cemas dan bingung) serta hati pun jadi resah gelisah (kerana takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan ketetapan pendirian mereka dengan goncangan yang amat dahsyat.” Ayat 10-11 surah al-Ahzab di atas membongkarkan bagaimana generasi anak didik Rasulullah S.A.W sendiri tidak terlepas dari timbul perasaan takut dan hampir timbul prasangka kurang baik kepada Allah, masakan kita yang 1400 tahun jauh dari didikan acuan air tangan Rasulullah S.A.W. Perang Ahzab mengajar kita erti sebenar ketaatan bukan sekadar menjadi pak angguk kepada keputusan pimpinan, tetapi lebih dari itu ketaatan adalah mengeluarkan sehabis keringat untuk ‘enforcement’ apa jua qarar (keputusan) jamaah sehingga ke tahap pencapaian yang “terbaik” (baca = 80 % ke atas).

 

Selepas tragedi berdarah Uhud, para Sahabah yang tidak lagi mahu melakukan ‘trial and error’ lantas membulatkan tekad dan membuktikan iltizam mereka dengan keputusan hasil syura Nabi S.A.W iaitu mengambil strategi perang parit saranan Salman al-Farisi. Menggali parit di sepanjang utara Madinah di bawah terik mentari menyebabkan para Sahabat terpaksa berlapar dan dahaga, sehingga ada para sahabat datang mengadu pada Nabi S.A.W sambil mengikat perut mereka dengan seketul batu. Namun Muhammad S.A.W selaku ketua jentera menunjukkan qudwah bil hal yang lebih tajam dari pidato jihadnya selama ini iaitu dengan menunjukkan ikatan bukan satu, tapi dua ketul batu di perutnya sendiri, menandakan baginda jauh lebih lapar berbanding sahabat-sahabatnya sendiri. Menyinggung ibrah dari senario ini, maka andaikata kita ahli gerakan masih sukar untuk mengosongkan perut untuk berpuasa atau mengurangkan masa makan minum kita dalam period perang ini, usah bicara soal kemenangan gerakan kita pilihanraya kampus kali ini.

 

Walaupun grand-design melibatkan 3,000 muslimin menggali parit akhirnya siap sepenuhnya memintas lebih awal perencanaan 10,000 bala tentera Ahzab yang mahu melanggar Madinah segera mungkin, satu perkara yang kita perlu ingat bahawa salah satu lagi faktor kejayaan perang Ahzab bukan kerana parit yang digali, tapi sebenarnya kawalan ketat sahabat di sepanjang parit tersebut, supaya tentera Ahzab mengambil masa atau hari yang lebih lama untuk menyerang (strategi tingkatkan kos perbelanjaan perang pihak musuh) atau mengalami kesukaran untuk menyeberang. Parit hanyalah taktik psi-war Parsi untuk menyukarkan pergerakan ofensif musuh apabila jumlahnya jauh lebih ramai dan bukanlah parit itu mampu menjadi manjanik pelontar bola api yang membakar kuda-kuda dan tentera-tentera musuh. Tentera Ahzab sebenarnya masih boleh menyeberang dan masuk menceroboh Madinah andaikata berlaku sedikit sahaja kelalaian kawalan atau ‘terlepas pandang’ atau ada yang ‘tertidur’ dari arahan Nabi S.A.W agar menjaga penjuru-penjuru kritikal sekitar parit tersebut. Demikianlah tahap kewaspadaan dan disiplin yang tinggi ditampilkan para sahabat bagi mendekatkan jadual kemenangan gerakan.

 

Kita juga perlu kenal dengan satu watak penting dalam perang ini, tanpanya mungkin skrip dalam teks-teks Fiqh Sirah atau Manhaj Haraki Sirah Nabawi boleh berubah. Safiyyah, ibu kepada Panglima perang Islam Zubair bin Awwam telah menonjolkan sifat “rijal” yang sebenar. Tatkala Yahudi Quraizah dari dalam Madinah menghantar wakil untuk menghendap kubu kaum wanita dan anak-anak Islam bagi mengesahkan tidak ada lelaki yang mengawal kubu tersebut, Safiyyah melaporkan kepada Hassan bin Thabit, penyair Nabi S.A.W yang sudah tua agar membunuh Yahudi tersebut sebelum dia pulang memberikan khabar gembira kepada Yahudi dan Munafiqin untuk tujuan mereka membuat sabotaj dari dalam tentera Islam. Akhirnya, ketidakupayaan Hassan membawa Sofiyyah nekad memakai pakaian perang tentera muslimin dan perlahan-lahan datang dari belakang Yahudi tersebut yang sedang mengintip, lalu dipukul kepala Yahudi itu sehingga dia jatuh pengsan, lantas Safiyyah terus menikam dengan kerambit dan memenggal kepalanya.

 

Bukan setakat itu sahaja, keberanian Safiyyah terserlah sehingga dia membawa kepala Yahudi itu naik ke atas kubu dan dicampakkan kepada sekumpulan Yahudi yang sedang menunggu kepulangan Yahudi special branch tersebut. Serangan saraf Safiyyah akhirnya berjaya demoralize Yahudi sehingga mereka membatalkan niat jahat mereka. Demikianlah sifat “gerakan muslimat” yang dapat kita cermati dari perang Ahzab ini. Wallahu a’lam.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: