WAWANCARA MUFTI PERLIS : KERAJAAN PAS MODEL KERAJAAN ISLAM CONTOH DI DUNIA?

17 04 2007

WAWANCARA MUFTI PERLIS :

 KERAJAAN PAS MODEL KERAJAAN ISLAM CONTOH DI DUNIA?

Najib! Demo (Awak) nok gi (pergi) mano pagi-pagi jumaat ni? Kawe (saya) mari dari Kuala Lumpur ni, demo tok de (tak sempat) nak laye (nak layan) kawe ko?

Najib menjawab : maaflah Ji!! Ni pagi jumaat, Tok Guru Nik Aziz ngajar pagi ni… kawe nak gi dengar tok guru ngajar tafsir… demo gi sekalipun, apa salahnya, boleh demo dengar Menteri Besar Kelantan ngajar.

Aku berkata : boleh juga!!!

Kata-kata seperti ini adalah perkara biasa kedengaran di ceruk kawasan dan kampong di negeri kelantan. Ianya kerana, seorang Menteri Besar, ketua negeri kelantan merupakan seorang guru yang bergelar “Tuan Guru” mengajar ilmu tafsir Al-Quran di tengah-tengah Bandar Kota Bharu, Bandaraya Islam.

Kata-kata sebegini mustahil kedengaran di negeri-negeri lain di Negara ini, dan kemungkinan di dunia Islam kini. Ini kerana, di Negeri-negeri lain dari Kelantan dan Negara-negara di dunia Islam, kepimpinannya bukan dari orang yang bertitle ulama menjadi “Idola” kepimpinan mereka.

Kelantan sebuah kerajaan Islam yang telah berjaya di kuasai oleh pejuang-pejuang Islam PAS di Negara ini semenjak 1990. semenjak itu, kelantan yang telah di tohmah oleh kepimpinan BN dengan kemiskinan, disertai sekatan bantuan kewangan dan pelbagai lagi sekatan di lakukan telah dilakukan, semuanya adalah kerana, PAS merupakan sebuah Parti Islam yang menjadikan Islam sebagai teras dan asas perjuangan ini.

Dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Ni’mat, yang membawa imej kepimpinan ulama disertai kehidupan yang sederhana menjadikan kelantan sebagai sebuah Negeri yang kekal di bawah kepimpinan Islam dan mendapat pelbagai keberkatan dari Allah SWT.

Ini di buktikan dengan kemampuan kerajaan Islam Kelantan mengurangkan kadar kemiskinan, mengurangkan hutang kerajaan negeri (hutang yang di lakukan semasa BN memerintah Kelantan), pembangunan di bawah kerajaan negeri dan pelbagai lagi kemampuan material di buat oleh kerajaan negeri, walaupun mendapat sekatan kewangan dari pihak kerajaan Pusat yang dikuasai oleh BN.

Semua ini adalah di sebabkan keberkatan di sebalik dasar Islam yang di perjuangkan oleh kepimpinan Ulama PAS di Negara secular Malaysia ini.

Firman Allah;

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Maksudnya;
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi”

(Surah Al-‘Araf : 96)

MUFTI PERLIS MENGIKTIRAF KERAJAAN PAS?

Wawancara mufti perlis bersama pengacara Dato’ Johan Jaafar baru-baru ini, berkenaan isu ulama yang terlibat dengan kepimpinan politik amat menarik minatku untuk menulis.

Di dalam wawancara tersebut, sebagai seorang blogger muda yang berumur 25 tahun; aku dapat merasakan bagaimana seorang mufti 35 tahun itu ingin membawa agenda kemudahan beliau.

Kemudahan yang hendak di tonjolkan adalah dengan menerima cara pemerintahan Islam Hadhari yang dicadangkan oleh Pak Lah Badawi.

Didalam wawancara tersebut, mufti ada menyatakan pandangan masyarakat terhadap institusi ulama, sehinggakan; apabila menyebut ulama, akan tergambar di pemikiran tentang golongan yang membaca doa dan sebagainya.

Sedarkah mufti, pemikiran ini perlu di persalahkan kepada Kerajaan Barisan Nasional (parti Shahidan Kasim), ini kerana, merekalah yang meneruskan gambaran ini semenjak penjajah keluar dari Negara kita. PAS yang merupakan mata rantai perjuangan Rasulullah SAW telah mengubah persepsi salah ini. Apakah kita sedar, kepimpinan Ulama PAS di Kelantan dan Terengganu membuktikan bahawa PAS telah mencetuskan pemikiran ini, bukan Mufti Perlis yang berumur 35 tahun.

Mufti menyatakan, Negara Islam adalah sebuah Negara kebajikan. Hakikatnya, kebajikan di dalam pemerintahan tidak pernah berlaku didalam pemerintahan “UMNO Islam Hadhari” dan Barisan Nasional, tetapi berlaku di dalam kepimpinan PAS.

PAS membuktikan kebajikan didalam pemerintahan. Semasa kerajaan Islam PAS memerintah Terengganu, PAS telah berjaya memberi kebajikan kepada rakyatnya dengan menghapuskan Tol di Kuala Terengganu, cukai pintu dan sebagainya.

Ini menyalahi Barisan Nasional; terbaru, kenaikan harga tol di beberapa lebuhraya di kawasan lembah klang membuktikan Negara kebajikan yang di sebut oleh mufti itu tidak berlaku di Negara Islam Hadhari.

DOSA : ANTARA HAMBA DENGAN TUHANNYA DAN ANTARA HAMBA SESAMA HAMBA

Didalam wawancara tersebut, Mufti ada menyatakan bahawa dosa itu terbahagi kepada dua, iaitu dosa antara hamba dengan tuhannya dan antara hamba sesame hamba.

Didalam membahaskan dosa antara hamba dengan tuhannya, mufti menerangkan bahawa zina merupakan salah satu dari pengketagorian tersebut.

Pada pandangan penulis, kenyataan sebegini amat merbahaya kepada aqidah Islamiyyah. Ini kerana, kenyataan sebegini seakan-akan menafikan ikatan hamba sesame hamba dalam soal dosa dari sudut zina.

Apakah tidak di sedari bahawa Allah SWT telah menyatakan bahawa dosa zina tersebut boleh terampun dengan terlaksananya undang-undang hudud kepada penzina. Hukuman kepada penzina tersebut adalah berdalilkan kepada nas Al-Quran yang Qat’ii.

Firman Allah;

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ

Maksudnya;
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera”

(Surah An-Nur : 2)

Dari firman Allah ini, menjelaskan kepada kita bahawa penzina lelaki dan perempuan hendaklah dijatuhkan hukuman kepada kedua-duanya. Menjatuhkan hukuman tersebut membuktikan bahawa zina bukanlah dosa antara hamba dengan tuhannya semata-mata, bahkan ianya melibatkan dosa antara hamba sesame hamba juga.

ULAMA ADALAH KESARJANAAN?

Ulama didalam perbincangan didalam wawancara terbuka tersebut, di nyatakan oleh Mufti Perlis bahawa mereka yang mempunyai kesarjaan didalam bidang keilmuan.

Mengapa definisi ulama di sempitkan sedemikian rupa? Apakah sumber rujukan fakta untuk definisi demikian?

Ulama mengikut definisinya dari segi bahasa arab adalah, “orang yang mengetahui”.

Adapun definisinya dari sudut pengistilahan adalah seperti di definisikan oleh Imam As-Nawawi, iaitu;

من عمل بما علم ووافق علمه عمله

Maksudnya;
“orang yang beramal dengan apa yang diketahuinya dan amalannya itu pula menyamai dengan pengetahuannya[1]

Definisi ini bersesuaian dengan yang di nyatakan oleh Allah didalam firmannya;

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Maksudnya;
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama”

(Surah Al-Fatir : 28)

Ayat ini jelas menyatakan bahawa ketaqwaan (takut kepada Allah) merupakan syarat utama untuk di isytiharkan seseorang itu ulama atau tidak.

Di dalam menafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Kathir menyatakan bahawa, disebabkan tahu atau kenalnya seseorang akan kebesaran Allah menyebabkan dia merasakan takut kepada Allah[2].

Jika dilihat kepakaran dalam sesuatu bidang, kepakaran tersebut kadangkala terbatas. Ini diumpamakan seperti “kaya”, sedangkan diisytihar kaya itu sendiri kadangkala berada didalam beberapa peringkat. Ada manusia itu kaya dengan RM 200 ribu, ada manusia kaya dengan RM 1 Juta, ada manusia kaya dengan Rm 4 Juta dan berbagai lagi.

Begitujuga dari sudut kepakaran dalam bidang keilmuan. Ada manusia itu pakar dalam bidang ilmu kadar “RM 200” dan ada pakar dalam bidang ilmu kadar “RM 1 Juta”, ada ada juga manusia itu pakar dalam bidang ilmu kadar “RM 4 Juta” dan seterusnya.

Maka dengan demikian, tidak perlu di persoalkan siapakah ulama, sekiranya dia mahir dalam apa juga bidang, tetapi yang perlu di persoalkan adalah sejauh manakah kepakaran dalam sesuatu bidang itu menyebabkan timbul perasaan taqwanya ia kepada Allah SWT.

SIAPAKAH ORANG BERTAQWA?

Taqwa menurut terjemahan melayu yang selalu kedengaran dari mimbar-mimbar khutbah adalah takut kepada Allah.

Walaubagaimanapun, taqwa tidak cukup di terjemah sebagai takut kepada Allah sahaja, bahkan taqwa yang sebenar adalah menurut segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Di awal surah Al-Baqarah, Allah menyatakan ciri-ciri orang bertaqwa dengan firman-Nya;

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya;
“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah : 2)

Ayat ini secara jelas menyatakan bahawa orang yang bertaqwa adalah mereka yang tidak meletakkan keraguan kepada isi Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai pembimbing hidup.

Al-Quran juga menyatakan perbezaan antara golongan yang beriman dengan mereka yang di ketagorikan sebagai Ahl Kitab. Ini kerana, Ahl Kitab merupakan golongan yang telah meletakan keraguan mereka terhadap Al-Quran dengan tidak mengakui kenabian Muhammad SAW, walaupun mereka mengenali Nabi SAW.

Firman Allah;

الَّذِينَ آَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui”

(Surah Al-Baqarah : 146)

Maka disebabkan itu, golongan ahl kitab tidak di kira sebagai taqwa, bahkan dijanjikan azab kepada mereka, ekoran sikap mereka yang mengambil sebahagian isi kitab dan meninggalkan sebahagian isi kitab yang lain.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ

Maksudnya;
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Ketaqwaan itu dapat di fahami dengan mengambil Al-Quran sebagai panduan hidup disertai tidak meletakan keraguan kepada Al-Quran. Ketaqwaan bukan “retorik perkataan”, tetapi ianya merupakan pengamalan yang menjanjikan syurga oleh Allah SWT.

BERCAKAP MENGIKUT KADAR KEPAKARAN DALAM SESUATU BIDANG

Akhir-akhir ini, ramai manusia mula mempunyai kesedaran Islam, samada kesedaran itu di letakan pada tempat yang betul atau salah. Dari kesedaran itulah menyebabkan, sudah ramai manusia berani memperkatakan sesuatu perkara yang kadangkala ianya bukan ahli didalam bidang tersebut.

Jika seseorang yang tidak berkelayakan dalam bidang kedoktoran tidak dibenarkan merawat pesakit, dibimbangi menimpa bahaya kepada pesakit, maka begitujuga mereka yang bukan kepakaran dalam bidang agama yang ingin bercakap agama yang kadangkala melebihi batasan yang sepatutnya.

Ekoran dari itu, maka lahirlah kata-kata si Jahil dan kata-kata tersebut kelihatan seperti Alim, di guna pakai dan dijadikan modal untuk manusia menjalani kehidupan mereka. Yang peliknya, kata-kata di jahil tersebut telah di guna pakai oleh mereka yang sudah bergelar ‘Alim.

Ingatlah pesanan Nabi SAW;

من كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ من النَّارِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan dusta keatasku, nescaya dia telah tempah satu tempat di dalam Neraka[3]

POLITIK MERUPAKAN WADAH UNTUK MENDAPAT WILAYAH TAFWIDH

Amat dangkal pemikiran mufti perlis, apabila berkali-kali dia menafikan dia adalah seorang ahli politik, tetapi di akhir wawancara bersama Dato’ Johan Jaafar, dia sendiri menyatakan bahawa dia perlu kepada kekuatan dan bantuan dari orang politik untuk melancarkan pemikirannya itu.

Amat memelikan, misi pemikirannya itu diusahakan di bawah kekuasaan politik yang dikuasai dengan pemikiran UMNO dan BN yang selama ini sudah di ketahui secara dasar perjuangannya yang melawan Islam.

Jawatan mufti merupakan wilayah tanfiz, bukan tafwidh. Dengan jawatan tersebut, mufti sekadar dapat memberi pandangan semata, tanpa boleh melaksanakan pandangnya itu.

Mufti tidak berkuasa hendak menghapuskan maksiat yang melanda didalam negerinya, melainkan mendapat persetujuan dari pihak kerajaan.

Ini membezakan dengan wilayah tafwidh, iaitu jawatan yang mempunyai kekuasaan didalam pemerintahan. Dengan wilayah tafwidh ini, pihak pemerintah dapat melaksanakan segala tuntutan syarak yang termaktub didalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Sebagai seorang mufti yang berada di bawah kepmpinan tafwidh Barisan Nasional, sekiranya dia ikhlas dengan agamanya, dia tidak akan menghina PAS, ini kerana, kekuasaan PAS adalah di bawah ketagori tafwidh yang telah berjaya membuktikan perlaksanaan Islam di negeri pemerintahannya, seperti Kelantan semenjak 199o hingga sekarang dan Terengganu semenjak 1999 hingga 2004.

PAS ADALAH PARTI ISLAM, BUKAN PARTI FAHAMAN

Pas seperti yang termaktub didalam perlembagaannya adalah sebuah parti gerakan Islam yang menjadikan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai hukum tertinggi[4].

Melihat kepada hukum tertinggi ini, difahami bahawa PAS merupakan sebuah parti Islam yang berusaha kearah untuk mendapatkan kekuasaan wilayah tafwidh, bagi melaksanakan tuntutan syarak didalam pemerintahan, antaranya al-amru bil ma’ruf wa an-nahyu ‘an al-mungkar[5].

Mungkin ada “cakap-cakap” yang mengatakan bahawa PAS mengiktiraf Syiah sebagai satu mazhab Islam. “cakap-cakap” sebegini adalah tuduhan jahat yang tidak berlandaskan kepada fakta.

Penulis secara individu, pernah bertanyakan isu syiah kepada Ketua Dewan Ulama PAS pusat, dan dinyatakan bahawa, PAS mempunyai sejarah memecat seorang aktivis PAS bermazhab Syiah yang bernama Ustaz Salleh.

Mufti Perlis membuat tuduhan lagi dengan katanya; “pembangkang di Malaysia (PAS) dikuasai kumpulan dan fahaman, tetapi yang saya tahu kumpulan Syiah paling aktif[6]

Amat memelikkan, seorang Mufti yang mementingkan fakta dan “Footnote” sudah membuat tuduhan tanpa mendatangkan bukti secara fakta.

Apakah Mufti tidak memahami kaedah yang menyatakan;

البينة على المدعي واليمين على من أنكر

Maksudnya;
“Bukti dari pendakwa dan sumpah atas orang yang mengingkarinya[7]

Setiap dakwaan yang di buat oleh mufti tidak memadai dengan mengatakan “setahu saya”, ini kerana, mungkin pengetahuan mufti terhadap gerakan Syiah itu hanya tuduhan dari orang-orang yang membencikan PAS dan hendak merosakan PAS.

Maka demikian, tuduhan mufti tersebut di kehendaki disertai dengan bukti yang berfakta, barulah segala dakwaan itu boleh di nyatakan didalam media Massa.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain”

(Surah Al-Hujurat : 12)

MUDAH MENGATAKAN “TIADA HADIS” DALAM SESUATU MASALAH HUKUM

Seorang mufti muda, apabila dilantik menjadi mufti berdasarkan dakwaannya bahawa dia seorang yang berkepakaran dalam bidang hadis, merasakan dirinya seorang muhaddis yang sudah mengetahui semua hadis-hadis nabi SAW.

Jika di rujuk di ketika debat ilmiyyah antara Dr Asri dan Dr Aziz Hanafi, di perak, anjuran “bahagian Dakwah Jabatan Hal Agama Islam Perak” dengan kerjasama Persatuan Pegawai Agama Islam negeri Perak (PPUP), kita dapat melihat bagaimana kedangkalan ilmu hadis yang ada didalam diri mufti muda tersebut berbanding dengan dakwaannya.

Apabila seorang penyoal bangun menyatakan, “Dr mudah menyatakan sesuatu hadis itu maudu’ semata-mata melihat kata-kata al-‘Iraqi “لم أجد له أصل” sedangkan, kemungkinan hadis ini tidak ketemui oleh al-‘Iraqi, tetapi di ketemui oleh ulama-ulama hadis yang lain”

Mufti ketika itu, menjawab dengan penuh emosi dengan menyatakan “ana rasa anta tak belajar hadis”, lalu di nyatakan oleh Dr Aziz bahawa di sana ada beza antara “لم أجد له اصل” dengan “لا أصل له”.

Ini pun sudah memadai untuk menyatakan mufti tidak berkemahiran didalam bidang hadis, dan tidak selayaknya dia mudah mengatakan “amalan ini tiada didalam hadis”

Antara dakwaan demikian, didalam wawancara bersama Dato Johan Jaafar, mufti menyatakan bahawa amalan meletak kanak-kanak di sof belakang adalah amalan yang tidak berlandaskan kepada hadis.

Beliau menyatakan bahawa Ibnu Abbas yang masih kecil solat bersama-sama Rasulullah SAW didalam satu sof dan berbagai lagi.

Merujuk kepada kitab “Fiqh As-Sunnah” karangan Sayyed Sabiq, meletakkan sof kanak-kanak di belakang sof orang tua adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud[8].

Memang tidak dinafikan, hadis ini telah di daifkan oleh Syaikh Albani didalam kitabnya “tamam Al-Minnah”[9], tetapi tuduhan yang menyatakan bahawa amalan ini tidak berlandaskan kepada hadis merupakan satu tuduhan yang tidak berfakta.

PENUTUP

Dakwah salafiyyah yang dilakukan oleh mufti amat baik di terima, tetapi sikap mufti menggunakan kuasa yang diberikan untuk memburukan PAS merupakan satu tuduhan yang memberi gambaran buruk perjuangan Islam di Negara ini.

Penulis secara individu teringat pesanan guru penulis semasa di Pakistan, iaitu pesanan dari As-Syaikh As-Syahid Dr Abdullah Azzam dengan katanya;

“Sesungguhnya perbuatan memburuk-burukkan mana-mana gerakan Islam itu memberi pengertian menyakiti dan mencacatkan agama ini serta satu pukulan ke atas kerja-kerja umat Islam. Kerana setiap gerakan Islam itu diibaratkan sebagai anak-anak sungai Islam besar. Maka apabila kalian mencuba untuk menyekat anak sungai tersebut beerti kalian telahpun menyekat kebaikan yang besar[10]

Apakah mufti lebih meredhai pemerintahan Islam atau meredhai pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional di Negara ini?

Fikir-fikirkanlah !!!!

Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

[1] At-Tibyan fi Adab Hamlah Al-Quran : 1/20.
[2] tafsir Al-Quran Al-‘Azim : karangan Imam Ibnu Kathir : 3/554
[3] Sahih Al-Bukhari : 1/434. hadis no : 1229.
[4] Perlembagaan PAS (pindaan 1993) : hlmn 4.
[5] Perlembagaan PAS (pindaan 1993) : hlmn 1.
[6] Berita minggu : ahad : 14 januari 2007 : hlmn 12.
[7] Tabsirah Al-Hukkam : 1/236
[8] Fiqh As-Sunnah : 1/263.
[9] Tamam Al-Minnah : 1/284.
[10] Abdullah Azzam : merintis khilafah yang hilang : hlmn 157-158.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: