TOL NAIK Berpunca AQIDAH Kapitalis Di dalam Sistem Ekonomi

17 04 2007

Rakyat Malaysia secara umumnya telah di kejutkan dengan kenaikan harga TOL di beberapa lebuhraya di dalam Negara ini. Ketika kenyataan akhbar yang di lakukan oleh “Sami Malaysia”, maka pelbagai respon negetif di kalangan rakyat terhadap isu ini telah timbul.

Kejutan bertambah memuncak, apabila ketidak setujuan tersebut telah di zahirkan oleh dari beberapa ahli dari parti kompunen BN, iaitu MCA di peringkat Puchong dengan mengadakan siri demostrasi atas kenaikan harga TOL tersebut.

Dari sudut politiknya, kelihatan bagaimana sensitifnya masyarakat cina terhadap tekanan hidup yang telah dilakukan oleh BN terhadap rakyatnya, berbanding dengan Melayu UMNO.

Walaubagaimanapun, setelah di amati secara mendalam, didapati bahawa system ekonomi yang berasaskan kapitalis adalah punca segala permasalahan dan tekanan hidup di Negara ini.

ISLAM ADALAH AGAMA SYUMUL : SISTEM EKONOMI ISLAM

Islam adalah agama yang syumul. Kesyumulan Islam di nyatakan oleh Allah didalam firmannya;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

(Surah Al-Baqarah : 208)

Islam bermaksud kesejahteraan. Kesejahteraan yang di kehendaki oleh Islam adalah dari semua sudut, sama di dunia atau di akhirat.

Barangsiapa yang mengikut Islam, nescaya dia akan bertemu dengan berbagai-bagai kesejahteraan hidup di dunia ini. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat.

Firman Allah;

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Maksudnya;
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi”

(Surah Al-‘Araf : 96)

Ayat ini secara jelas menyatakan kesejahteraan kehidupan di dunia akan diberikan kepada manusia sekiranya mereka mengikut Islam yang maha sempurna ini.

Keterbuktian ini jelas dengan keamanan yang berlaku di zaman Omar Abdul Aziz, seorang pemimpin Islam yang dipuji ramai, samada dari kawan atau lawan. Kehebatan ini terserlah disebabkan pengamalan Islam didalam system pemerintahan, sama dari sudut ekonominya, politiknya, undang-undangnya dan sebagainya.

Benarlah apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW didalam siri dakwah Rasulullah SAW kepada pembesar-pembesar di Negara-negara yang bukan Islam.

Telah sabit dari Al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan surat kepada mereka dan isi suratnya adalah seperti beriku;

بسم الله الرحمن الرحيم من محمد رسول الله إلى كسرى عظيم فارس سلام على من اتبع الهدى وآمن بالله ورسوله وشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله أدعوك بدعاية الله فإني أنا رسول الله إلى الناس كافة لينذر من كان حيا ويحق القول على الكافرين أسلم تسلم فإن أبيت فعليك إثم المجوس

Maksudnya;
“Dengan nama Allah, maha Pemurah lagi maha penyayang. Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra, pemerintah faris. Kesejahteraan kepada mereka yang mengikut petunjuk dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan dia bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang esa, tiada syirik baginya. Dan Bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Aku menyeru kamu dengan seruan Allah. Maka sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada manusia seluruhnya, supaya menyampaikan khabar ketakutan kepada mereka yang masih hidup dan benarlah perkataan kepada golongan kafir, Islamlah kamu, nescaya kamu akan sejahtera. Sekiranya kamu ingkar, nescaya atas kamu dosa majusi[1]

Baginda SAW menyatakan perkataan اسلم تسلم yang mengandungi maksud “Islamlah kamu, nescaya kamu akan sejahtera” yang mengandungi maksud kesejahteraan di dalam kehidupan dunia dan di akhirat.

Antara kesejahteraan yang Islam janjikan adalah, Islam mengemukakan system ekonomi yang memberi kesejahtaraan kepada manusia. Tidak timbul isu berat sebelah di kalangan manusia sekiranya system ekonomi Islam menjadi dasar ekonomi Negara ini.

System ekonomi Islam menjanjikan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Ini kerana, didalam system ekonomi Islam, islam meletakan rakyat dan kerajaan mempunyai kesamaan, iaitu rakyat dan kerajaan mempunyai hak yang sama.

Ini membezakan system ekonomi yang berlandaskan kapitalis, yang lebih mementingkan “syarikat-syarikat” berbanding rakyat.

Islam menafikan sistem ekonomi yang berteraskan kepada sistem kapitalis yang merupakan gagasan fahaman ekonomi yang percaya kepada ekonomi dan perdagangan bebas di mana setiap orang dibenarkan bersaing dalam aktiviti ekonomi dan mengaut sebanyak mana keuntungan termasuklah melakukan amalan riba dan laba yang melampau. Fahaman ekonomi ini tidak berasaskan kepada prinsip agama yang menyebabkab ia mengizinkan penindasan terhadap golongan yang lemah dan miskin.[2]

Allah melarang sistem sebegini didalam firman-Nya;

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya;
“Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”

(surah Al-Hasyr : 7)

Berdasarkan kepada kamus dewan : kapitalisme didefinisikan sebagai “sistem ekonomi dan politik yang pemilikan harta benda, industri dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pada sektor swasta daripada kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakan bersaing antara satu dengan lain untuk membuat keuntungan”[3]

Dalam sistem kapitalis, kepentingan syarikat-syarikat swasta lebih diutamakan berbanding kepentingan ekonomi rakyat. Sistem ini beralasan, sekiranya syarikat-syarikat swasta maju, maka ia akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat disamping membanyakkan kemasukan kerajaan dalam bentuk cukai.[4]

Sistem ekonomi business dan kapitalis ini sememangnya menjadi dasar ekonomi Malaysia. Ini terbukti dengan usaha pengswastaan yang dilancarkan oleh pihak kerajaan pada tahun 1983 sehinggakan pada ketika itu 11.4 % tenaga kerja awam telah dialihkan kepada sektor swasta.[5] Usaha pengswastaan di Malaysia diperhebatkan lagi di dalam RMK-7.[6] kebahayaan dalam program penswastaan ini banyak memberi kesan kepada rakyat, sehinggakan rakyat bukan lagi bergantung di kaki mereka sendiri, bahkan “hidup dan mati” mereka bergantung kepada kekuatan pada kerajaan yang bergantung pula kepada syarikat-syarikat swasta.

Kenaikan harga TOL merupakan salah satu gagasan dari pemikiran system ekonomi yang berlandaskan system kapitalis. Ekoran dari itu, tidak hairan, apabila pengisytiharan yang di lakukan oleh Menteri KerjaRaya, Sami Vellu menyatakan bahawa, tindakan kerajaan menaikan harga TOL adalah disebabkan terikat dengan perjanjian konsesi dengan para pemegang konsesi.

Menurut Ketua Penerangan Parti Keadilan, Tian Chua, perjanjian yang dilakukan oleh pihak kerajaan dengan satu Syarikat yang bernama “Lingkaran Transkota Sdn. Bhd” adalah perkara yang memelikan, ini kerana, bagaimana pihak kerajaan mudah bersetuju dengan perjanjian yang ternyata tidak menguntungkan samada kerajaan atau rakyat.

Juga, kenapa kerajaan bermurah hati memberi subsidi 50 sen kepada Lingkaran Transkota hingga 2006 dan bersedia membayar lagi 50 sen lagi untuk lapan tahun berikut[7].

Inilah membuktikan, system kapitalis menjadi aqidah yang menebal didalam system ekonomi di Negara Islam Hadhari, menjadi punca tekanan dari pihak kerajaan terhadap rakyat. Pihak kerajaan sanggup menarik subsidi daripada rakyat dengan pelbagai dalih, dan rela memberi subsidi kepada pihak syarikat-syarikat dengan pelbagai alasan.

PENUTUP

Melihat kepada reality pengamalan system yang berteraskan kepada system Kapitalis, maka sudah sampai masanya rakyat memilih Islam sebagai cara hidup bagi memastikan kehidupan ini sejahtera dan aman, tidak kira kesejahteraan itu dapat di kecapi oleh orang Islam ataupun non muslim.

Maka marilah kita Kembali kepada Islam !!!!!!!!

Takbir!!!!!!!!!!

Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

[1] Zad Al-Ma’ad : 3/688.
[2] Lihat “kearah memahami dasar dan pegangan PAS” m/s 14.
[3] Lihat ‘kamus Dewan edisi ketiga” m/s 575.
[4] Lihat kertas kerja “Kenaikan harga minyak : satu pandangan berasaskan kefahaman Islam” : Ustaz Zaharuddin bin Muhammad : M/s 12.
[5] Lihat kertas kerja “penswastaan acuan Malaysia – menguntungkan atau merugikan rakyat jelata” : Cikgu Azmi Teras M/s 1-2.
[6] Lihat kertas kerja “penswastaan acuan Malaysia – menguntungkan atau merugikan rakyat jelata” : Cikgu Azmi Teras M/s 4.
[7] Suara Keadilan : 27 Disember 2006-10 Januari 2006 : m/s 2.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: