CAWAT BESI : Kedangkalan Berfikir…

17 04 2007


 

Utusan Malaysia hari ini menyediakan ruangan didalam forum dengan beberapa coretan pembaca-pembaca berkenaan kenyataan Dato Abu Hasan Din berkenaan cadangan memakai cawat besi kepada mangsa rogol.Cadangan tersebut, jika di hebahkan di hadapan masyarakat, hatta kepada kanak-kanak sekalipun, cadangan tersebut sudah tentu menjadi bahan gelak ketawa.

Di manakah releven cadangan tersebut? apakah ini menteliti pemikiran seorang agamawan yang di isytihar sebagai ulama, yang mengeluarkan kenyataan sebegini?

Semua ini berpunca dari sikap agamawan tersebut yang tidak melihat penyelesaian dari sudut Islam, tetapi melihat sesuatu penyelesaian itu berdasarkan kepada pemikiran-pemikiran yang lain dari Islam.

ISLAM TELAH MENYEDIAKAN PENYELESAIAN

Membaca Al-Quran dan Hadis nabi SAW, secara halusinya, kita akan dapat merasakan tentang penyelesaian yang telah disediakan kepada kita, samada penyelesaian itu dari sudut ekonomi, jenayah, pemerintahan dan sebagainya.

Al-Quran dan hadis bukanlah sesuatu yang hanya dijadikan sebagai “retorik perkataan” yang meniti dibibir-bibir manusia, tetapi Al-Quran dan Hadis merupakan panduan hidup yang memimpin manusia kearah kesempurnaan dan kebahagiaan hidup, samada di dunia dan di akhirat.

Panduan kehidupan yang diberikan oleh Allah didalam Al-Quran terangkum kepada dua perkara, samada dari sudut hubungan manusia dengan Allah dan hubungan antara manusia sesame manusia.

Hubungan manusia sesame manusia itu pula, di bahagikan kepada dua, iaitu hubungan rakyat sesame rakyat dan hubungan rakyat dengan pemerintah.

Dengan demikian, wujudnya beberapa system kehidupan didalam islam yang dinamakan sebagai system Ibadat, system Muamalat, system munakahat, system jinayat dan system jihadat.

Terlaksananya lima system tersebut, nescaya manusia akan berada didalam keselamatan hidup di dunia ini, maka lebih-lebih lagi diakhirat nanti.

Apa yang memelikkan, ramai dikalangan agamawan di Negara ini yang tidak berminat ingin memperkatakan kelima-lima system ini, bahkan mereka hanya lebih berminat ingin memperkatakan mengikut kadar kehendak mereka sahaja, seperti mereka memilih untuk berbincang dalam urusan ibadat sahaja, atau munakahat sahaja dan sebagainya.

Mereka tidak berminat untuk memperkatakan berkenaan system jihadat, jinayat, muamalat yang ketiga-tiga system tersebut mempunyai kaitan rapat dengan hubungan antara rakyat dengan pemerintah, yang sememangnya memberi keadilan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia ini.

Setelah difikirkan, mengapa semua ini boleh berlaku? Setelah diamati, teringat kepada gambaran yang telah dinyatakan oleh Nabi SAW didalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib, bahawa Nabi SAW bersabda;

يوشك أن يأتي على الناس زمان لا يبقى من الإسلام إلا اسمه ، ولا يبقى من القرآن إلا رسمه ، مساجدهم عامرة وهي خراب من الهدى ، علماؤهم شر من تحت أديم السماء من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود

Maksudnya;
“Hampir datang kepada manusia itu satu masa, tidak kekal dari Islam melainkan namanya, tidak kekal daripada Al-Quran melainkan tulisannya, masjidnya indah, tetapi rosak dari hidayah, ulama’nya jahat berada dibawah naungan langit (mengharapkan bantuan golongan tertentu). Daripada mereka keluarnya fitnah dan pada mereka kembalinya ”

Hadis ini walaupun telah di doifkan oleh As-Syaikh Albani RA , tetapi pengajarannya perlu diambil kira. Ini kerana, kedoifan hadis ini tidaklah sampai kepada darjat yang dilarang untuk dijadikan “fadhail Al-Amal”.

GEJALA ROGOL : APAKAH PENYELESAIANNYA

Penyelesaian yang paling releven, dan sememangnya tidak diragukan lagi bahawa, cara untuk menyelesaikan gejala rogol adalah perlu kepada system pemerintahan yang berasaskan kepada Islam; yang mendaulatkan undang-undang Islam bagi menjaga lima asas (Dharuriyat Al-Khams) yang dinyatakan oleh Islam, iaitu menjaga Agama, nyawa, akal, maruah dan harta .

Para ulama, tidak selayaknya “berkata-kata” sahaja, bahkan sewajibnya mereka berusaha kearah mendaulatkan Islam bagi menjadikan islam sebagai satu agama yang memerintah, bukan di perintah.

Gejala rogol yang menyerang nafsu perogol-perogol adalah berpunca dari pemerintahan BN yang menghidangkan “serbuk penaik” kepada kehendak nafsu-nafsu mereka.

Rancangan TV yang “mencabar nafsu”, tiada penetapan pakaian sopan dan seumpama dengannya merupakan punca gejala rogol berleluasa dikalangan umat Islam kini.

Inilah tugas para agamawan yang wajib dilakukan, iaitu berusaha kearah mendaulatkan Islam dengan menghubungkan diri dalam gerakan islam, bukannya menjadi “barua” kepada pemerintahan taghut yang hakikatnya agamawan tersebut telah memberi “saham” didalam memajukan gejala rogol tersebut.

Sekian

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://one-g.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: