APABILA SI ALIM YANG SOMBONG MENGHINA “ INSAN ISTIMEWA”

3 04 2007

“Insan istimewa” adalah satu kalimah yang selalunya di ungkapkan terhadap manusia yang ditakdirkan oleh Allah sebagai cacat. Kecacatan yang menimpa dirinya bukanlah dikehendaki oleh dirinya, tetapi ia merupakan kehendak Allah yang kemungkinan di sebalik kecacatan itu, Allah hendak memuliakannya dari sudut yang lain.

Kecacatan yang menimpa dirinya tidak selayaknya di hina dan di cela, bahkan wajib kepada manusia yang sempurna ini memberi pemantauan yang baik, cakna dan sebagainya terhadap si cacat tadi. Jika ini tidak dilakukan, bermakna, si sempurna tersebut merupakan manusia yang tidak dapat menghargai nikmat yang telah Allah berikan kepada manusia sejagat.

TAQLID ADALAH KEISTIMEWAAN

Sebelum ini, Aku ada menulis berkenaan dengan muqallid dan mujtahid. Dalam tulisan tersebut, aku menyatakan bahawa taqlid merupakan sesuatu keistimewaan yang Allah berikan kepada manusia yang tidak berkeahlian didalam melakukan ijtihad.


Sekiranya kewajipan ijtihad ini di beratkan kepada seluruh manusia, ini seakan-akan sudah menyalahi kandungan firman Allah yang berbunyiMaksudnya;


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Surah Al-Baqarah : 286)


Tidak semua manusia itu mampu berijtihad, ini kerana, kemampuan berijtihad ini bukanlah sekadar mendakwa diri sebagai “muhaddis”, “mufassir” atau sebagainya.Berijtihad memerlukan kepada kemampuan yang diberikan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

Tidak semua manusia itu boleh diisytiharkan Alim seperti Imam As-Syafii, Imam Hanafi dan sebagainya, bahkan kadangkala untuk di isytiharkan sebagai syafiiyyah atau ahnaf pun belum mempunyai kelayakan.  

Maka dengan demikian, disana terhadap manusia yang dikenali sebagai muqallid, yang tidak berlayakkan didalam berijtihad; yang mana mereka hanya mampu beramal dengan apa yang telah di nyatakan oleh si Alim. Tindakan muqallid tersebut tidaklah salah dari sudut syariah, ini kerana, asas kepada tindakan tersebut adalah berdasarkan kepada firman Allah;

Maksudnya;
“maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”
(surah An-Nahl : 43)

Dari itu, muqallid merupakan “insan istimewa” yang telah Allah berikan keistimewaan-Nya kepada mereka-mereka yang tidak berkelayakan dengan ijtihad.

NIKMAT ILMU YANG DILUPAI

Keinginan umat Islam di Malaysia terhadap islam kini agak memberangsangkan jika dibandingkan di masa-masa sebelum ini.

Jika di kembali ke 70, 80 tahun yang dahulu, rata-rata ustaz-ustaz yang mengajar di sekolah, madrasah, surau, masjid dan sebagainya beraliran pengajian pondok, samada dari Fatani, Kelantan, Kedah, Indonesia, Mekah dan sebagainya.Nikmat Allah tidak meninggalkan umat Islam di Malaysia, Allah telah mengurniakan ramai dari umat Islam di Negara ini boleh menyambung pengajian mereka di universiti-universiti yang merupakan system pengajian yang tidak sealiran seperti pengajian pondok.

Dari sistem pengajian islam di peringkat universiti-universiti ini, banyak melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang berfikiran standart, ini kerana pendedahan pengajian mereka tidaklah sama pendedahan yang didapati oleh golongan yang berpendidikan Pondok.

Pendedahan perbincangan berbentuk “perbandingan mazhab”, “fiqh Moden”, “perbincangan Isu-isu semasa” dan sebagainya menjadi bahan pengajian di peringkat universiti yang hampir tidak didapati di peringkat Pondok.Kurniaan nikmat Allah ini di berikan kepada mereka yang beraliran Universiti ini, bukanlah untuk di jadikan sebagai bahan kutukan dan hina terhadap golongan pondok, tetapi nikmat sebegini merupakan satu cetusan minda terhadap umat Islam di Negara ini untuk melahirkan satu gabungan ilmu yang berbentuk turath dan moden, yang membolehkan umat Islam bersatu hati menentang kemelut pemikiran yang terkeluar daripada Islam.

Tetapi, amat menyedihkan, ada dari kalangan mereka, terdapat sebilangan “ustaz-ustaz” yang sudah “beranggapan” bahawa diri mereka sudah bertarafkan mujtahid, sedangkan kelayakan tersebut tidak terdapat pada diri mereka. Dengan kadar kemampuan membaca kitab-kitab arab, disamping mempunyai kedudukan di peringkat akedemik, mereka sudah beranggapan bahawa mereka sudah selayaknya diisytihar sebagai mujtahid.


Maka dengan itu, lahirkan sikap sombong didalam diri mereka; yang mula melihat segala pandangan-pandangan yang tidak sealiran dengan mereka sebagai tidak tepat dan salah, walaupun pandangannya itu sekadar dalam lingkungan perkara furuiyyah.


Inilah penyakit sombong yang menimpa sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan ungkapan yang berbau menghina terhadap sistem pengajian pondok, yang seakan-akan semua pengajian pondok adalah tidak mempunyai “footnote” dan berlandaskan kepada kitab kuning semata-mata.


ORANG AWAM TIADA MAZHAB

Kebanyakan system pengajian pondok tidak mendedahkan pengajian Islam seperti pendedahan di dalam system pengajian beruniversiti. Pengajian “talaqqi” yang bersanad merupakan pengajian warisan yang sambung menyambung dari dahulu sehingga sekarang. Bentuk kajian ilmu, hampir tiada di pusat pengajian pondok, melainkan individu-individu tertentu sahaja yang melakukannya.Maka dengan demikian, kebanyakan murid-murid yang lahir dari system pengajian pondok ini, dari kalangan ustaz-ustaz kampong yang ingin mengajak dan menjaga anak kampungnya kepada Islam.

Walaupun begitu, tidak dinafikan ada juga dari kalangan mereka yang berjaya mencapai ke kemuncak pengajian yang memberi kemampuan kepada mereka melakukan “pentakhrijan hadis”, mentarjih pendapat ulama, mentajrih pendapat yang lemah dan sebagainya.Ini menunjukan bahawa, system pengajian pondok ini, walaupun dianggap lemah oleh sesetengah pihak, tetapi jika di perhalusi, system ini telah berjaya melahirkan ramai pendakwah-pendakwah islam yang ikhlas, yang selayaknya tidak boleh diberikan kata-kata yang berbau penghinaan dan sebagainya. Mungkin ada sebilangan dari mereka yang tidak berkepakaran, ini tidak bermakna semua mereka tidak berkepakaran, bahkan ada dari kalangan mereka yang berkepakaran.Bagi mereka yang tidak berkepakaran, atau sudah berkepakaran, tetapi mempunyai sikap “warak” kepada ilmu, mereka tidak berani menyatakan sesuatu hukum, melainkan mereka merujuk terlebih dahulu kepada tuan-tuan guru mereka, agar mereka tidak salah dalam menyatakan hukum.Ini merupakan sikap terpuji yang wajib di contohi oleh umat Islam, bukannya di hina dan dicela.

Ini kerana, mereka merasakan diri mereka berada di lingkungan manusia sedang mengecap keistimewaan taqlid yang diizinkan oleh Allah SWT.Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin berijtihad, itu tidaklah dilarang, tetapi selayaknya mereka menilai terlebih dahulu, adakah mereka sememangnya berkelayakkan atau mereka “sekadar menganggap mereka berkelayakan”.

PENUTUP
Melihat kepada perbahasan ini, tidak selayaknya ada dari kalangan ilmuan-ilmuan Islam mula menghina institusi pengajian sebegini dengan mendakwa bahawa mereka adalah “jumud” dan ilmu mereka sekadar berkisar di sekitaran pondok-pondok mereka sahaja.

 

Apa yang memelikan, ilmuan-ilmuan islam sebegini sanggup mengatakan demikian terhadap institusi sebegini, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak pernah menghina dan mengkondem institusi yang boleh melahirkan maksiat, seperti AF, Malaysia Idol, sebagainya.


Apakah aliran pemikiran mereka yang sebenar sehinggakan menyatakan demikian????
SekianWallahu ‘Alam


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: