Sepinggan Pahala Berulamkan Dosa

23 01 2008

Tajuk artikel ini adalah adaptasi daripada artikel ust hazrizal yang bertajuk Sepinggan Dosa Berulamkan Pahala. Tapi ana tukar sedikit kerana skop tajuk ini dikhususkan kepada semua pejuang dakwah siber agar jadi muhasabah kita semua. Terutamanya diri yang dhaif lagi hina ini.

Read the rest of this entry »





Kecelaruan Istilah Yang Mengundang Susah

16 12 2007

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan (kepada Muhammad) : “Raaina” tetapi katakanlah “Unzhurna” dan dengarlah. Dan bagi orang-orang yang kafir siksaan yang pedih.” [Al-Baqarah : 104]

Sama ada istilahnya raa’inaa atau pun undhurnaa, kedua-duanya memberikan makna yang sama. Kedua-duanya mendatangkan maksud “dengarlah kami”. Tetapi kalimah raa’ina itu mempunyai konotasi negatif di sisi kaum Yahudi yang mempersendakan Rasulullah SAW dengan bermain istilah, lantas kaum mukminin diajar untuk tidak membiarkan diri mereka terfitnah dalam permainan kata yang kotor tersebut. Lantas gunakanlah kalimah undhurnaa dan bukannya raa’ina.

Sesungguhnya ayat di atas mengajar kita agar mendisiplinkan penggunaan istilah kerana konotasi perkataan tertentu boleh menjadi negatif juga positif, bergantung kepada penggunaan, persekitaran dan subjek yang diperkatakan.

Islam mementingkan ketepatan istilah.

Read the rest of this entry »





Gempar UTM SKUDAI Banjir!!!

15 12 2007





Gambar Pimpinan yang Tertangkap

15 12 2007





Aksi Lucah Artis Rosakkan Nilai Melayu

15 12 2007

Inilah padahnya bila Kerajaan sibuk nak jaga himpunan aman rakyat. Kebiadapan artis luar terutamanya dari Hollywood telah mencemarkan industri Muzik dan Imej negara.

Yang pasti “Ini Bukan Budaya Kita” Wahai Pemimpin BN, Kenapa mereka dibenarkan masuk. Mana FRU? Mana Polis? mana Imam Hadhari? Kenapa tak bertindak?

Kontroversi bermula pada malam R&B Nite di Stadium Negara pada 28 November lalu apabila K-Ci & Jojo membuka baju dan memasukkan tangannya ke dalam seluar. Lil G Of Silk turut mencemarkan persembahan dengan aksi kurang sopan ketika menari bersama dua penonton wanita.

Read the rest of this entry »





KEMPEN MENJAUHI FRIENDSTER

9 12 2007

Saya masih ingat lagi detik-detik saya menyertai komuniti maya Friendster pada tahun 2004, kira-kira 2 tahun selepas kompeni Friendster diasaskan di Lembah Silikon, California. Tetapi pada akhir tahun 2006, saya telah membatalkan akaun saya, dan kira-kira 2 bulan selepas itu saya menyertainya semula. Dan pada bulan lepas, saya buat keputusan dengan sebulat-bulatnya untuk tidak langsung mengambil tahu tentang Friendster dalam hidup saya.

Saya telah pergi selama-lamanya dari Friendster…

Read the rest of this entry »





PETISYEN BANTAHAN TERHADAP RM72.00 YANG MEMBEBANKAN PELAJAR KEDIAMAN SISWA JAYA UTMKL

4 12 2007

  KEDIAMAN SISWA JAYA UTM CITY CAMPUS 18 November 2007- Satu petisyen bantahan telah dikeluarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar 2007/2008 yang diketuai oleh Mohd Azami Bin Zokerefli sebagai Naib Presiden MPPUTMKL bagi membantah satu pekeliling pelajar yang telah dikeluarkan oleh pihak pentadbiran Kediaman Siswa Jaya.

Bantahan yang dikemukakan adalah mengenai syarat-syarat yang dikenakan terhadap penyewaan bilik semasa cuti semesta yang sebelum ini tidak pernah diwujudkan. Tambahan pula yuran penyewaan yang dikenakan adalah sebanyak RM2.00 perhari. Ini bermakna pelajar perlu membayar sebanyak RM72.00 iaitu selama 36 hari.

Read the rest of this entry »